Pages

Selasa, 2 Jun 2015

PAKEJ JUN: PPU2C 2015


1. NOTA (BAHAGIAN A) MELIPUTI: 
*NOTA PERLU DIBUAT MENGGUNAKAN PETA PEMIKIRAN (I THINK) / PETA MINDA

ARAHAN:

1. Nota boleh dibuat dalam bentuk peta minda / peta pemikiran ITHINK.
2. Nota perlu perlu disiapkan dalam bentuk bertulis sahaja (Taip / Fotostat tidak dibenarkan).
3. Nota yang lengkap perlu dimasukkan ke dalam fail dan dihantar selewat-lewatnya pada 17 JUN 2015 (RABU)

i. Perkembangan Dasar Luar mengikut era kepimpinan:
a) Tunku Abdul Rahman
b) Tun Abdul Razak
c) Tun Hussein Onn
d) Tun Dr. Mahathir Mohamad
e) Tun Abdullah Ahmad Badawi
f) Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak

ii. ASEAN.
a) Matlamat penubuhan ASEAN
b) Piagam ASEAN
c) Struktur Organisasi ASEAN
d) Persidangan Kemuncak ASEAN
e) Cabaran ASEAN
f)  ASEAN + 3
g) Kerjasama Ekonomi
h) Kerjasama Politik
i) Isu Kepulauan Spratly


2. SLAID PEMBENTANGAN
            i. Slaid yang lengkap perlu dihantar ke email saya selewat-lewatnya sebelum
            17 JUN 2015 (Rabu).
            ii. Slaid ringkas & padat. Gunakan peta pemikiran / peta minda.
            iii. Bersedia untuk pembentangan (Jangkaan : Minggu Ke2 selepas Cuti )


            iv. Boleh rujuk Buku rujukan dan sumber internet yang sahih.
          


BIL

NAMA

TOPIK

1

IRZARFUAN
 CALVIN 
 DARSHINI
 EVA
1. PERKEMBANGAN DASAR LUAR MENGIKUT ERA KEPIMPINAN:
a) Tunku Abdul Rahman
b) Tun Abdul Razak
c) Tun Hussein Onn
d) Tun Dr. Mahathir Mohamad
e) Tun Abdullah Ahmad Badawi
f) Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak

2. ASEAN
-Matlamat penubuhan ASEAN
-Piagam ASEAN
-Struktur Organisasi ASEAN
-Persidangan Kemuncak ASEAN
- Cabaran ASEAN
-ASEAN +3
- Kerjasama Ekonomi
- Kerjasama Politik
-Isu Kepulauan Spratly

2
 MENU
 ADIB
 AIZAT
 AKMAL
3. PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB)
-Matlamat PBB
-Badan- badan utama PBB
-Setiausaha Agung PBB
-Misi Pengaman PBB
-Agensi-agensi Khas PBB

4. KERJASAMA EKONOMI ASIA PASIFIK (APEC)
- Objektif
- Sidang Kemuncak
- Manfaat APEC kepada Negara Membangun

3
 NADHIRAH
 NIVASHINI
 BALKISH
 5. PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA ISLAM (OIC)
- Matlamat
- Piagam OIC
- Kejayaan & Cabaran
- Sumbangan Malaysia

6. MESYUARAT ASIA & EROPAH (ASEM)
- Tujuan
- Kepentingan ASEM


 TASHA 
 AQILAH
 RIZA
 7. PERGERAKAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI (NAM)
-10 Prinsip NAM
- Matlamat NAM
- Penglibatan Malaysia
- Deklarasi Putrajaya

8. DIALOG ANTARABANGSA LANGKAWI (LID)
- Tujuan
- Sumbangan & peranan Malaysia dalam LID

5

 WAFDA
 PUNITHA
 PUTRA AMIR
 9. KOMANWEL
-Matlamat
- Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan KOMANWEL (CHOGM)
- Deklarasi Langkawi
- Rancangan COLOMBO
-Kejayaan KOMANWEL
- Malaysia dan KOMANWEL

 10. KUMPULAN NEGARA MEMBANGUN (D8)
- Objektif
- Peranan Malaysia
- Pencapaian

6

 RASHIDAH 
 SALINI 
 HUMAIRAH
 11.KUMPULAN G15 
- Keanggotaan
- Objektif
- Pencapaian G15

 12.DIALOG UTARA SELATAN
- Objektif
- Pentas Dialog
- Kejayaan

 13.DIALOG SELATAN-SELATAN
- Matlamat
- Malaysia dengan Dialog Selatan-Selatan
- Projek-projek yang dirancang

7

 AISYAH
 SOO TIEN QIN
 THINESH 

14.ODER BARU EKONOMI DUNIA (NIEO)
- Matlamat
- Tuntutan NIEO

15.SIDANG KEMUNCAK ASIA TIMUR (EAS)
- Syarat menganggotai EAS
- Tujuan penubuhan
- Cabaran

8

 THIVYASRI
 VIJAYA 
 ZUREENA
16.KUMPULAN 77 (G77)
- Matlamat
- Kejayaan G77
- Sidang Kemuncak

17.MALAYSIA & ISU ANTARTIKA
- Pengenalan Malaysia & Isu Antartika
- Makna Warisan Bersama
- Reaksi negara lain




SELAMAT MENYIAPKAN TUGASAN 
DAN 
SELAMAT BERCUTI...

Isnin, 1 Jun 2015

PETA PEMIKIRAN - ITHINK


PAKEJ CUTI MEI/JUN : TUGASAN PPU 1 DUBAI

                                                                         

4 TUGASAN : IKUT ARAHAN & LENGKAPKAN TUGASAN


>>>>>TUGASAN 1, 2 & 3 PERLU DILENGKAPKAN DAN  DIHANTAR SELEWAT-LEWATNYA PADA  
17 JUN 2015 (RABU) <<<<<



TUGASAN 1: NOTA KENEGARAAN

ARAHAN:

1. Nota boleh dibuat dalam bentuk peta minda / peta pemikiran ITHINK.
2. Nota perlu perlu disiapkan dalam bentuk bertulis sahaja (Taip / Fotostat tidak dibenarkan).
3. Nota yang lengkap perlu dimasukkan ke dalam fail biru dan dihantar selewat-lewatnya pada 17 JUN 2015 (RABU)


Nota meliputi: 

1. Konsep Negara & Negara Berdaulat

2. Bentuk Negara : 
a) Demokrasi
b) Republik
c) Monarki
d) Autokrasi
e) Komunis
f) Sosialis

3. Sistem Kerajaan:
a) Kerajaan Kesatuan
b) Kerajaan Konfederasi
c) Kerajaan Persekutuan

4. Senaraikan senarai umum bidang kuasa bagi Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama. (Boleh dibina dalam bentuk jadual)

5. Proses Pembentukan Malaysia
a) Kemerdekaan Tanah Melayu - Rombongan Merdeka
                                                   - Perjanjian London
b) Penubuhan Malaysia
c) Suruhanjaya Reid
d) Suruhanjaya Cobbold
e) Perjanjian Persekutuan Malaysia
f) Penentangan Gagasan Malaysia

TUGASAN 2:  HURAIAN ISI BAGI 4 ESEI (LATIHAN ESEI DI KELAS)

ARAHAN:


1. Pelajar perlu membuat sekurang-kurangnya 3 huraian isi bagi setiap isi utama bagi 4 latihan esei yang telah dipelajari di kelas.

2. Bentuk point sahaja. Boleh guna peta minda / peta pemikiran (ITHINK).
3. Semua isi esei telah diberi dan pelajar perlu memilih 5 isi utama sahaja mengikut format skema.
4.  Perlu dimasukkan ke dalam fail biru dan dihantar selewat-lewatnya pada 17 JUN 2015 (RABU)


Contoh yang perlu dibuat:
Kebaikan pelaksanaan penetapan gaji minimum

Isi 1: Meningkatkan taraf hidup masyarakat

Huraian Isi:
H1: Mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan penduduk
H2: Mengurangkan beban perbelanjaan 
H3: Merapatkan jurang pendapatan dalam kalangan penduduk
H4: Kumpulan pekerja berpendapatan rendah menikmati pendapatan lebih baik.



1. Laman web rangkaian sosial seperti Facebook, MySpace dan Twitter telah menyerap dengan pantas dalam masyarakat di seluruh dunia. Namun begitu, ada pihak yang mencadangkan laman web ini diharamkan penggunaannya. Bincangkan.

Isu: Laman web rangkaian sosial
Kehendak Soalan: Kebaikan + Keburukan
Format Skema: 3+2 @ 2+3

Skema Jawapan:

Kebaikan
1. Alat berkomunikasi & perhubungan
2. Mencari rakan
3. Alat menyampaikan maklumat
4. Mempromosikan produk & perkhidmatan

Keburukan
5. Membazirkan masa
6. Obses @ ketagihan laman web sosial
7. Menjejaskan kesihatan
8. Mewujudkan individu yang memencilkan diri
9. Alat propaganda @ fitnah
10 Alat melakukan jenayah

2.Warisan budaya yang dimiliki oleh sesebuah masyarakat mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Oleh itu, langkah-langkah bagi memastikan warisan budaya masyarakat tersebut terus wujud perlu diambil. Bincangkan.

Isu: Warisan budaya
Kehendak Soalan: Kepentingan budaya tradisional + Langkah mengekalkan warisan
Format Skema: 3+2 @ 2+3

Kepentingan budaya tradisional
1. Menjadi lambang / identiti
2. Menjamin kelangsungan tamadun
3. Menjadi warisan untuk generasi akan datang
4. Menjana pendapatan

Langkah mengekalkan warisan
5. Mendidik masyarakat
6. Mendedahkan masyarakat kepada pelbagai warisan
7. Mewujudkan agensi yang melatih generasi muda dengan warisan tradisional
8. Amalan warisan tradisional dihayati / dikekalkan.

3. Usaha memartabatkan bidang pendidikan amat penting dalam membangunkan potensi modal insan cemerlang. Ulaskan.

Isu: Bidang pendidikan
Kehendak Soalan: Kepentingan bidang pendidikan
Format Skema: 5 + 0

Kepentingan bidang pendidikan
1. Pilihan pendidikan yang luas
2. Pendidikan sepanjang hayat
3. Memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian
4. Memantapkan program kokurikulum dan sukan
5. Memperkukuh disiplin pelajar
6. Memantapkan pendidikan agama dan moral
7. Penggunaan teknologi

4. Malaysia merupakan "lubuk emas" kepada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). Rakyat dari pelbagai negara datang mencari rezeki di sini. Bincangkan masalah-masalah yang timbul ekoran daripada kemasukan mereka ke negara ini.

Isu: Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)
Kehendak Soalan:  Masalah PATI
Format Skema: 5 + 0

Masalah PATI
1. Peningkatan kadar jenayah
2. Masalah petempatan
3.Menjejaskan peluang pekerjaan rakyat tempatan
4. Peningkatan perbelanjaan kerajaan
5. Penularan penyakit
6. Menjejaskan ekonomi negara
7. Menjejaskan imej negara

TUGASAN 3 : ESEI INDIVIDU

ARAHAN:

1. Setiap individu mendapat soalan yang berbeza.
2. Kenal pasti & lengkapkan Isu, Kehendak Soalan, Format Skema & 5 Isi utama sahaja .
3. Boleh rujuk buku rujukan dan sumber internet yang sahih.
4. Anda digalakkan untuk membuat soalan-soalan lain.
5. Perlu dimasukkan ke dalam fail biru dan dihantar selewat-lewatnya pada 17 JUN 2015 (RABU)



BIL

NAMA

SOALAN

1
 ARWIN  Media massa berperanan menyalurkan pelbagai maklumat kepada rakyat. Walau bagaimanapun, kebebasan tersebut telah disalahgunakan oleh sesetengah pihak sehingga menjejaskan keselamatan negara. Bincangkan.
2
 DEVAA DEVI
 Terdapat pelbagai rungutan dan kritikan terhadap sistem penyampaian khidmat awam di Malaysia. Langkah-langkah telah dilaksanakan bagi meningkatkan kecekapan sistem penyampaian dalam perkhidmatan awam. Bincangkan.

3
 FATYN NUR  AINA
 Perdagangan secara talian kini merupakan satu mekanisme baharu dalam urus niaga tanpa sempadan. Banyak kesan yang mungkin timbul akibat urus niaga melalui sistem elektronik ini. Bincangkan.

4
 FAUZIAH
 Peluang merupakan antara faktor berlakunya rasuah. Bincangkan.

5
 HANAN
 Budaya inovasi amat penting dalam usaha kerajaan memajukan negara. Oleh itu, beberapa pendekatan perlu dibuat untuk membina budaya inovatif bagi meningkatkan kemajuan Malaysia. Jelaskan.

6
 IZAAZ
 Pelbagai punca dikenal pasti yang menyebabkan jenayah bukan indeks berlaku. Oleh itu, langkah-langkah berkesan menangani gejala ini hendaklah dilaksanakan dengan segera dan bersungguh-sungguh. Huraikan.

7
 LEONG YEN  JUN
 Integrasi Nasional sangat penting di negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Namun, terdapat halangan-halangan yang melambatkan proses berkenaan. Bincangkan.

8
 LOGESWARI
 Semangat kejiranan amat penting dalam mengukuhkan perpaduan. Malangnya semangat kejiranan semakin luntur akhir-akhir ini. Bincangkan.

9
 AMIRUL HAKIMI 
 Masalah remaja yang semakin serius hari ini boleh diatasi dengan penglibatan semua pihak. Bincangkan.

10
 DANIAL
 Kecuaian pengguna jalan raya merupakan punca utama peningkatan kadar kemalangan jalan raya. Namun begitu, masih terdapat situasi lain yang menggalakkan gejala ini terus berleluasa. Bincangkan.

11
  FAIZ 
 Globalisasi akan membawa lebih banyak manfaat kepada  pembangunan sesebuah negara berbanding kesan sebaliknya.  Bincangkan.

12
  FIKRI 
Malaysia sebaai sebuah negara yang aman dan damai tidak terlepas daripada ancaman jenayah. Pelbagai usaha telah dijalankan bagi menangani masalah tersebut. Bincangkan.

13
 MUMTAZ
 Salah satu sektor ekonomi yang diberi tumpuan di Malaysia ialah sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Industri tersebut banyak menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara. Dalam masa yang sama IKS menghadapi pelbagai cabaran. Bincangkan.

14
 NANTHINI
 Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) masih terpinggir dalam kehidupan masyarakat dan status mereka agak menyedihkan terutama dalam bidang pekerjaan produktif. Bincangkan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh golongan tersebut dalam mendapatkan pekerjaan.

15
  ALYA HAZIRAH
 Kegiatan cetak rompak semakin berleluasa di negara kita pada masa kini. Oleh hal yang demikian, kerajaan telah berusaha untuk mengatasi masalah tersebut daripada terus berlaku. Bincangkan.

16
 ANIS SYAKILA 
 Masyarakat Malaysia sekarang semakin ganas dalam tindakan mereka dan perkara ini amat membimbangkan semua pihak. Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan fenomena tersebut berlaku dan usaha-usaha yang dijalankan bagi membendung perkara tersebut daripada terus berleluasa. 

17
 HAMELYZAH
 Dalam usaha membendung masalah disiplin yang semakin merosot dalam kalangan pelajar, terdapat saranan yang mengesyorkan supaya hukuman rotan dikenakan terhadap semua pelajar. Bincangkan kesan-kesan yang timbul sekiranya hukuman tersebut dilaksanakan.

18
 SABIRAH SAFIAH 
 Isu yang berkaitan dengan tanah terbiar sering diperkatakan dalam media massa. Kerajaan perlu mengatasi masalah ini supaya tidak menjejaskan pengeluaran bidang pertanian. Bincangkan.

19
 NUR SYAFIQAH
 Kenaikan harga minyak mendorong kepada peningkatan harga barangan dan perkhidmatan. Walau bagaimanapun, kenaikan ini harus dibendung bagi mengelak peniaga daripada mengambil kesempatan untuk menaikkan harga bahan api. Bincangkan.

20
 SYAIDATUL ALIA
 Pengurusan dan pengendalian sisa-sisa toksid yang tidak sistematik telah menyebabkan kehidupan manusia dan alam sekitar terancam. Huraikan kesan bahan tersebut terhadap manusia dan alam sekitar.

21
 NURAMIRAH
 Beberapa ahli sosiologi berpendapat, antara faktor kemiskinan bandar kerana golongan ini tidak sanggup atau tidak berupaya merebut segala peluang ekonomi disediakan kerajaan. Bincangkan faktor yang menyebabkan kemiskinan bandar dan usaha menangani isu tersebut.

22
 NURUL HANNANI 
 Pada setiap tahun, pihak kerajaan telah memperuntukkan berbilion ringgit untuk pemberian pelbagai subsidi kepada rakyat. Jelaskan kepentingan dan kelemahan pemberian subsidi tersebut.

23
 PUTERI NURJEIHA
 Bekerja dari rumah semakin popular pada masa kini. Cara bekerja ini sedang pesat berkembang dengan kadar pertumbuhan tahunan kira-kira sepuluh peratus di negara-negara maju. Bincangkan kelebihan dan faktor perkembangan pesat cara bekerja seperti ini.

24
 SHAMINI
 Konflik dalaman mencetuskan kekecohan dan rusuhan sesebuah negara. Bincangkan kesan dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah tersebut. 

25
 SHAZLEEN
 Program Perkongsian Pintar antara sektor-sektor awam dengan swasta merupakan satu gabungan strategik yang telah membawa faedah kepada semua pihak. Ulaskan.

26
 SITI LATAKYIN
 Malaysia tidak ketinggalan untuk melibatkan diri dalam bidang teknologi robotik. Jelaskan kepentingan bidang robotik yang telah berjaya menarik minat Malaysia dan kemukakan usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan untuk mencapai kejayaan dalam bidang ini.

27
 SITI NUR AFIKAH
 Semangat kesukarelawan banyak memberi faedah kepada generasi muda hari ini. Namun begitu, semangat tersebut semakin luntur dalam kalangan generasi ini. Bincangkan.

28
 SYARIFAH HAZIRAH
 Stress merupakan ancaman kepada kehidupan yang berkualiti. Pencegahan awal perlu diambil untuk mengelakkan kemudaratan. Bincangkan.

29
 THEYVINDRAN
  Pusat kebajikan kini banyak didirikan bukan sahaja oleh kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan malah komuniti tempatan. Bincangkan kepentingan kemudahan pusat-pusat kebajikan ini diwujudkan.



TUGASAN 4: PEMBENTANGAN 5 KUMPULAN (MAHJONG PAPER) 


-Pembahagian kumpulan bagi  yang datang kelas pada hari KHAMIS (28 MEI 2015) 

ARAHAN:
1.Bentuk peta minda / peta pemikiran ITHINK
2. Pembentangan pada 16 JUN 2015 (SELASA)

PROSES PEMBENTUKAN MALAYSIA

Kumpulan 1 : Rombongan Merdeka - Perjanjian London

Kumpulan 2: Suruhanjaya Reid

Kumpulan 3: Suruhanjaya Cobbold

Kumpulan 4: Perjanjian Persekutuan Malaysia

Kumpulan 5 : Penentangan Gagasan Malaysia




SELAMAT MENYIAPKAN TUGASAN DAN SELAMAT BERCUTI...




~ JIKA ANDA MENGERJAKAN SESUATU, KERJAKANLAH DENGAN SEPENUH HATI~

~~ JIKA ANDA BEKERJA SEADANYA, MAKA HASILNYA JUGA SEADANYA ~~

USAHAKAN KERJA DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH...

 IN SHA ALLAH CEMERLANG DALAM GENGGAMANMU...