Pages

Isnin, 15 September 2014

TUGASAN CUTI : PERSEDIAAN PRAPERCUBAAN PPU1C



Assalamualaikum dan salam sejahtera   warga PPU1C.....

TUGASAN CUTI: 


TARIKH PENGHANTARAN TUGASAN (SELEWAT-LEWATNYA SELASA (23 /09/ 2014)

TELAH DITERANGKAN DI DALAM KELAS:

A) MODEL KERTAS PEPERIKSAAN PENGAJIAN AM STPM 900/1

1)     Bahagian C: Salin semua (24 soalan esei/ 8set) dan kenal pasti : ISU, KEHENDAK SOALAN & BENTUK SKEMA.

Arahan tambahan(sebagai persediaan trial): Intensif bagi sesiapa yang target A!!!
1)     Baca soalan.
2)     Kenal pasti ISU, KEHENDAK SOALAN & BENTUK SKEMA.
3)     Bina rangka idea dalam masa kurang 5minit.
4)     Bina karangan lengkap 20minit
5)     Masa semakan ejaan &bahasa kurang 5minit
6)     Set masa mula dan tamat.
7)     Semak jawapan (jadi pemeriksa sendiri)
8)   Hafal skema jawapan



B) Jawab soalan struktur (BUKU LEMBARAN PRAKTIS PENGAJIAN AM STPM PENGGAL 1) M/S 145-205.

C) Pembahagian tugasan esei. (Tugasan individu)

1)     Nyatakan ISU, KEHENDAK SOALAN & BENTUK SKEMA.
2)     Nyatakan sekurang-sekurang 5 isi penting.
3)     Nyatakan Sekurang-sekurang 4 huraian bagi 1 isi utama. (termasuk contoh yang sesuai)
4)     Dalam bentuk point sahaja.

Sekian.

BIL
NAMA PELAJAR
TAJUK ESEI
1
AMIRRUL IRZARFUAN BIN ISHAK
AQMAL NIZAM BIN OSMAN
DARSINI A/P RAMASY

Belakangan ini banyak terdapat projek perumahan yang terbengkalai di seluruh negara yang akan menimbulkan kesan negatif kepada pelbagai pihak. Langkah-langkah tertentu perlu dilaksanakan untuk membendung masalah tersebut. Bincangkan. (STPM 2007 S.1)

2
EVA NATASHA BINTI ZAMRI
MENU A/P MOHAN
MUHAMMAD ADIB BIN MOHD ROSLAN

Pelbagai faktor dikenal pasti menyumbang kepada peningkatan kadar kes juvana di negara kita pada masa ini. Usaha perlu dilakukan untuk membendung gejala ini. Huraikan.
(STPM 2007 S.2)

3
MUHAMMAD AIZAT BIN ABDUL HAMID
MUHAMMAD AKMAL BIN ZAIDIB
NADHIRAH BINTI ZAINODDIN

Tanaman ubah suai genetik didapati berupaya meningkatkan sektor pertanian negara , namun pada masa yang sama tanaman ini turut menimbulkan pelbagai kesan negatif. Bincangkan.(STPM 2007 S.4)

4
NIVASINI A/P SUBRAMANIAM
NOOR BALKISH SYUHADA BINTI NOR MOHAMAD
NORATASHA IDAYU BINTI ZAMRI

Pelbagai spesies serangga yang wujud sejak dahulu lagi sering dianggap sebagai perosak. Tanggapan ini sepatutnya diubah kerana spesies ini juga terbukti penting kepada manusia. Jelaskan penyataan ini.
(STPM 2010 S.3)

5
NUR AQILAH BINTI ADNAN
NUR RIZA ADLEENA BINTI RIZALMAN
NUR WAFDA ASYRANI BINTI JAMAIE
Pengurusan sisa pertanian secara saintifik banyak mendatangkan manfaat kepada manusia. Bincangkan penyataan ini.
(STPM 2010 S.4)

6
PREMA KUTTY A/P RAMAN KUTI
PUNITHA A/P MUNIANDY
PUTRA AMIR BIN NORAZLAN
“Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.”Begitulah pepatah orang tua kita yang memberikan gambaran bahawa belia ialah golongan yang penting dalam memajukan sesebuah negara. Jelaskan ciri yang perlu ada pada golongan belia untuk merealisasikan hasrat pepatah ini.(STPM 2009 S.1)

7
RASHIDAH BINTI AZHAR
SALINI A/P RAJANDRAN
SITI HUMAIRAH BINTI MOHD ZAMRI
Selain keupayaan negara menghasilkan pelbagai produk hiliran, kejayaan sektor pertanian negara dipengaruhi juga oleh faktor-faktor lain.Huraikan penyataan ini.
(STPM 2009 S.2)

8
SITI NUR AISHAH BINTI YUSRI
SOO TIEN QIN

Bahan kimia semakin banyak digunakan sebagai salah satu kandungan dalam makanan yang diproses. Walau bagaimanapun, penggunaannya boleh mendatangkan kesan sampingan.Jelaskan.
(STPM 2009 S.3)

9
THINESH A/L MOHANAN
THIVYASRI A/P VANTHAN
Kawasan hutan tanah tinggi banyak kepentingannya.Penerokaannya boleh mendatangkan impak kepada kehidupan dan alam sekitar.Huraikan penyataan ini.
(STPM 2009 S.4)

10
VIJAYATHARSHINI A/P TANAPALO
ZUREENA SABREENA BINTI ZAINUDDEN

Kawasan tanah bencah (wetlands) sangat penting kepada alam sekitar.Bincangkan
(STPM 2008 S.3)

Sabtu, 12 Julai 2014





Assalamualaikum dan salam sejahtera   warga PPU1C....



TINDAKAN: MULAKAN HARI INI...

CARI MAKLUMAT BERDASARKAN SKOP DI BAWAH:


SKOP KARANGAN PENGAJIAN AM PENGGAL 1

1. Pencerobohan perairan dan sempadan negara
2. Kepelbagaian sistem pengangkutan
3. Program Transformasi Kerajaan
4. Kedaulatan Bahasa Melayu
5. Rasuah
6. Teknologi hijau
7. Teknologi alternatif
8. Urbanisasi dan pembangunan
9. Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
10. Jenayah siber
11. Kualtiti perkhidmatan awam
12. Pembangunan lestari
13. Khazanah alam
14. Pelancongan kesihatan
15. Jenayah bukan indeks
16. Pemerdagangan manusia
17. Media alternatif
18. Demonstrasi jalanan, rusuhan dan keganasan
19. BR1M
20. Tanah terbiar
21. Peningkatan harga barang
22. Kepentingan Kemudahan Sukan
23. Penganjuran Sukan Di Peringkat Antarabangsa
24. Ops 6P
25. Menangani kos sara hidup rakyat
26. Budaya berhutang
27. Strategi mendepani kesesakan lalu lintas
28. Pertanian bandar
29. Memperkasakan tenaga kerja berkemahiran tinggi
30. Menghormati sensitiviti kaum



Selasa, 27 Mei 2014

PAKEJ CUTI PERTENGAHAN TAHUN: PPU2 CAIRO



PENGGAL 3 : PPU2 CAIRO

TINDAKAN:

1. Lengkapkan nota berdasarkan buku Lembaran Praktis (LP) m/s 14 - 36. Nota boleh ditulis dalam bentuk peta minda. (Paling penting padat, jelas dan terperinci). Pelajar yang tidak mempunyai buku LP, tajuk nota meliputi:

A. HUBUNGAN DIPLOMATIK
- Dasar Luar Secara Umum
- Faktor-faktor Dasar Luar
- Prinsip Dasar Luar
- Era Dasar Luar
- Penglibatan Malaysia di Arena Antarabangsa.

B. PENGLIBATAN, PERANAN DAN SUMBANGAN
i. PERINGKAT SERANTAU - ASEAN
ii. PERINGKAT GLOBAL - PBB

2. Cari bahan (petikan akhbar, internet, dll) berkaitan ASEAN dan PBB. (Contoh program, kerjasama dll).

3. Tugasan perlu dimasukkan ke dalam fail Pengajian Am dan semakan fail akan dijalankan pada minggu pertama persekolahan selepas cuti pertengahan tahun bermula 16 Jun 2014 (Isnin). 

4.Selamat bercuti dan selamat menyiapkan tugasan.





PAKEJ PERCUTIAN : PPU 1 CAIRO & PPU 1 DUBAI 2014



ESEI PENGAJIAN AM


     TINDAKAN: JAWAB SEMUA SOALAN

1.     Kenal pasti isu dan kehendak soalan. Sila rujuk contoh jawapan di bawah untuk  menyiapkan tugasan anda. 

2.     Tulis jawapan dalam bentuk point penting meliputi:
i.   Isi utama – sekurang-kurangnya 6 isi.
ii.  Isi huraian – huraian bagi setiap isi utama. Sekurang-kurangnya 3 huraian termasuk contoh dan isu semasa.

3.     Bahan-bahan/maklumat tambahan perlu dilampirkan dan sertakan alamat url / laman sesawang. (petikan akhbar, bahan internet dll)

4.     Tugasan perlu diserahkan pada 16 Jun 2014 (Isnin) Bersedia untuk perbincangan bahan karangan anda di dalam kelas nanti. 

5. Tugasan boleh dihantar dalam bentuk bertaip atau bertulis. (Pastikan tulisan anda kemas).

6.  Ketua tingkatan bertanggungjawab mengumpulkan tugasan dan menyerahkan nama pelajar yang tidak menyiapkan tugasan. Ada bonus tugasan tambahan menanti sesiapa yang tidak menyiapkan tugasan.

7.      Selamat bercuti dan selamat menyiapkan tugasan.


.............................................................................................................................
TINDAKAN: JAWAB SEMUA SOALAN

SOALAN ESEI PENGAJIAN AM

1.     Kemasukan pendatang tanpa izin (PATI) telah banyak menimbulkan masalah kepada  Malaysia. Pelbagai langkah telah dilaksanakan bagi mengatasi kedatangan PATI tersebut. Bincangkan

2.     Dalam memajukan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) beberapa pendekatan perlu diambil bagi mengatasi cabaran yang dihadapi oleh Industri kecil dan Sederhana di Malaysia.

3.     Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) masih terpinggir dalam kehidupan masyarakat dan status mereka agak menyedihkan terutama dalam bidang pekerjaan produktif. Terangkan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh golongan tersebut dalam mendapatkan pekerjaan.

4.     Inovasi dalam  penghasilan pelbagai gajet  sains dan teknologi telah memanfaatkan kehidupan manusia namun ,jika disalahgunakan  akan memudaratkan kita.
Jelaskan pernyataan di atas.

5.     Kemusnahan hidupan marin merupakan kesan terbesar akibat daripada tumpahan minyak. Fenomena ini juga memberi  impak lain kepada persekitaran. Bincangkan

.............................................................................................................................

CONTOH : JAWAPAN SOALAN 2


BIL
ISI UTAMA

Pendekatan yang perlu diambil

HURAIAN
1
Menyediakan tenaga buruh yang mencukupi

·  Penyediaan pelbagai latihan khusus
·Penubuhan sekolah-sekolah vokasional dapat membantu 
melahirkan lebih banyak pekerja mahir alam bidang IKS
·Tenaga kerja mahir yang mencukupi dapat meningkatkan
kualiti barang dan produktiviti IKS
·   Dapat menghasilkan dan mereka cipta barangan baru

2


KEMAHIRAN BELAJAR


PELAJAR PPU1C & PPU1D : MUAT TURUN & BACA NOTA INI.



Jumaat, 4 April 2014

PPU2 CAIRO: LATIHAN GRAF PIRAMID KOMPONEN.

PPU2 CAIRO: LATIHAN GRAF PIRAMID KOMPONEN.

SIAPKAN HANTAR HARI ISNIN 7 APR 2014
Sumber: buku LP