Pages

Selasa, 27 Mei 2014

PAKEJ CUTI PERTENGAHAN TAHUN: PPU2 CAIRO



PENGGAL 3 : PPU2 CAIRO

TINDAKAN:

1. Lengkapkan nota berdasarkan buku Lembaran Praktis (LP) m/s 14 - 36. Nota boleh ditulis dalam bentuk peta minda. (Paling penting padat, jelas dan terperinci). Pelajar yang tidak mempunyai buku LP, tajuk nota meliputi:

A. HUBUNGAN DIPLOMATIK
- Dasar Luar Secara Umum
- Faktor-faktor Dasar Luar
- Prinsip Dasar Luar
- Era Dasar Luar
- Penglibatan Malaysia di Arena Antarabangsa.

B. PENGLIBATAN, PERANAN DAN SUMBANGAN
i. PERINGKAT SERANTAU - ASEAN
ii. PERINGKAT GLOBAL - PBB

2. Cari bahan (petikan akhbar, internet, dll) berkaitan ASEAN dan PBB. (Contoh program, kerjasama dll).

3. Tugasan perlu dimasukkan ke dalam fail Pengajian Am dan semakan fail akan dijalankan pada minggu pertama persekolahan selepas cuti pertengahan tahun bermula 16 Jun 2014 (Isnin). 

4.Selamat bercuti dan selamat menyiapkan tugasan.





PAKEJ PERCUTIAN : PPU 1 CAIRO & PPU 1 DUBAI 2014



ESEI PENGAJIAN AM


     TINDAKAN: JAWAB SEMUA SOALAN

1.     Kenal pasti isu dan kehendak soalan. Sila rujuk contoh jawapan di bawah untuk  menyiapkan tugasan anda. 

2.     Tulis jawapan dalam bentuk point penting meliputi:
i.   Isi utama – sekurang-kurangnya 6 isi.
ii.  Isi huraian – huraian bagi setiap isi utama. Sekurang-kurangnya 3 huraian termasuk contoh dan isu semasa.

3.     Bahan-bahan/maklumat tambahan perlu dilampirkan dan sertakan alamat url / laman sesawang. (petikan akhbar, bahan internet dll)

4.     Tugasan perlu diserahkan pada 16 Jun 2014 (Isnin) Bersedia untuk perbincangan bahan karangan anda di dalam kelas nanti. 

5. Tugasan boleh dihantar dalam bentuk bertaip atau bertulis. (Pastikan tulisan anda kemas).

6.  Ketua tingkatan bertanggungjawab mengumpulkan tugasan dan menyerahkan nama pelajar yang tidak menyiapkan tugasan. Ada bonus tugasan tambahan menanti sesiapa yang tidak menyiapkan tugasan.

7.      Selamat bercuti dan selamat menyiapkan tugasan.


.............................................................................................................................
TINDAKAN: JAWAB SEMUA SOALAN

SOALAN ESEI PENGAJIAN AM

1.     Kemasukan pendatang tanpa izin (PATI) telah banyak menimbulkan masalah kepada  Malaysia. Pelbagai langkah telah dilaksanakan bagi mengatasi kedatangan PATI tersebut. Bincangkan

2.     Dalam memajukan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) beberapa pendekatan perlu diambil bagi mengatasi cabaran yang dihadapi oleh Industri kecil dan Sederhana di Malaysia.

3.     Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) masih terpinggir dalam kehidupan masyarakat dan status mereka agak menyedihkan terutama dalam bidang pekerjaan produktif. Terangkan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh golongan tersebut dalam mendapatkan pekerjaan.

4.     Inovasi dalam  penghasilan pelbagai gajet  sains dan teknologi telah memanfaatkan kehidupan manusia namun ,jika disalahgunakan  akan memudaratkan kita.
Jelaskan pernyataan di atas.

5.     Kemusnahan hidupan marin merupakan kesan terbesar akibat daripada tumpahan minyak. Fenomena ini juga memberi  impak lain kepada persekitaran. Bincangkan

.............................................................................................................................

CONTOH : JAWAPAN SOALAN 2


BIL
ISI UTAMA

Pendekatan yang perlu diambil

HURAIAN
1
Menyediakan tenaga buruh yang mencukupi

·  Penyediaan pelbagai latihan khusus
·Penubuhan sekolah-sekolah vokasional dapat membantu 
melahirkan lebih banyak pekerja mahir alam bidang IKS
·Tenaga kerja mahir yang mencukupi dapat meningkatkan
kualiti barang dan produktiviti IKS
·   Dapat menghasilkan dan mereka cipta barangan baru

2


KEMAHIRAN BELAJAR


PELAJAR PPU1C & PPU1D : MUAT TURUN & BACA NOTA INI.