Pages

Khamis, 7 November 2013

Teknologi Hijau





Sektor Teknologi Hijau telah ditubuhkan hasil daripada rombakan Kabinet pada 9 April 2009. Penubuhan Sektor Teknologi Hijau adalah memastikan pembangunan Negara yang mapan di samping memulihara alam sekitar bagi generasi akan datang. Malahan, Sektor Teknologi Hijau juga bertanggungjawab untuk mengkaji dan membangunkan Teknologi Hijau Negara di samping meningkatkan kualiti hidup dan menjamin persekitaran yang mesra alam.
“Green Technology is a blue ocean strategy as it transcends across all sectors of the economy. It provides vast opportunities for government and business to innovate and grow as well as developing new parts of competitiveness.”
Dato’ Sri Najib Tun Razak
Opening Remarks Green Technology and Climate Change Council
14 Disember 2010
Agenda Teknologi Hijau Negara akan merentasi  keseluruhan aspek kehidupan manusia. Sehubungan dengan itu, Sektor Teknologi Hijau mempunyai peranan yang amat penting sebagai fasilatator, pacesetter dan strategic integrator dalam memacu agenda tersebut.
Justeru itu, dalam menggalas tanggungjawab ini, Sektor Teknologi Hijau dengan bantuan pihak berkepentingan yang lain akan terus berusaha untuk memperkasa dan memperkukuhkan lagi agenda Teknologi Hijau Negara dengan melaksanakan pelbagai inisiatif selaras dengan objektif Dasar Teknologi Hijau Negara (DTHN).

Kepentingan Teknologi Hijau

Teknologi Hijau diyakini boleh mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar dan sumber asli, meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan, memelihara ekosistem, serta bebanan kos kepada kerajaan di dalam usaha menangani kesan negatif daripada pembangunan dan berperanan sebagai alternatif dalam usaha meningkatkan ekonomi negara tanpa menjejaskan alam sekitar.

Rabu, 6 November 2013

STANDARD BARU ISO TENTANG PENYINARAN MAKANAN YANG LEBIH SELAMAT




Standard baru ISO  menyediakan keperluan state-of-art bagi penyinaran makananyang biasanya digunakan untuk meningkatkan kualiti dan keselamatan dalam pemprosesan makanan. Standard ini akan memberi manfaat kepada pengeluarpengendali penyinaranpengawal seliapelanggan dan akhirnyapengguna

"ISO 14470:2011Food irradiation – Requirements for the development validation and routine control of the process of irradiation using ionizing radiation for the treatment of food" bukan sahaja menyediakan keperluan tetapi juga memberi  panduan kepada pihak yang terlibat dalam penyinaran makanan.

Penyinaran makanan merupakan proses yang mendedahkan makanan kepada ionizing radiation dalam meningkatkan keselamatan dan kualiti. Ia bertujuan untuk digunakan hanya kepada makanan yang telah dihasilkan di bawah prinsip-prinsip amalan pengilangan baik (GMP).
Penyinaran makanan boleh digunakan untuk tujuan yang berlainantermasuk mengawal  kawalan mikroorganisma patogen dan parasitpengurangan bilangan mikroorganisma kerosakanperencatan percambahan mentolubi dan akar tanamanmelanjutkan jangka hayat produk atau rawatan fitosanitasi.

Objektif utama ISO 14470:2011 adalah:
  1. Menyediakan keperluan untuk penyinaran makanan selaras dengan standard dan amalan semasa.
  2. Menyediakan arahan perjanjian teknikal antara pelanggan dan pengendali penyinaran (irradiator)
  3. Mewujudkan satu sistem dokumentasi untuk menyokong kawalan di  atas proses penyinaran makanan.
Mariana Funes dan Antonuccio Noeliayang mengetuai dua jawatankuasa projek yang membangunkan standard iniberkata: "ISO 14470 akan menyumbang kepada keyakinan dan ketelusan dalam kalangan pelbagai pihak berkepentingan yang terlibat dalam sektor makanan dan juga akan membantu menyediakan pengawal selia dan wakil-wakil pengguna dengan maklumat yang lebih baik tentang produkyang seterusnya membolehkan pilihan yang lebih baik. "

ISO 14470:2011Food irradiation -- Requirements for the developmentvalidation and routine control of the process of irradiation using ionizing radiation for the treatment of food was developed by Technical Committee ISO/TC 34Food products.Ia  boleh didapati dari ahli institusi negara.  Ia juga boleh diperoleh secara terus daripada SO Central Secretariatprice 98 Swiss francs masing-masing melalui Store ISO atau dengan  menghubungi jabatan PemasaranKomunikasi & Maklumat.

Mohana Priya
Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia

Jumaat, 20 September 2013

corrupt firemen

Dalam kelas tadi ada yang mohon untuk tonton video ini... Contoh : Rasuah





Khamis, 8 Ogos 2013

PPU2E : PENGLIBATAN, PERANAN DAN SUMBANGAN MALAYSIA DI ARENA ANTARABANGSA

PPU2E,

Berikut merupakan tajuk slaid pembentangan:

PowerPoint perlu dihantar ke email cikgu selewat-lewatnya minggu pertama persekolahan selepas cuti raya. Sekian.

PENGLIBATAN, PERANAN DAN SUMBANGAN MALAYSIA DI ARENA ANTARABANGSA


NAMA
TAJUK
1
CHONG WAI WAN
      Peringkat Serantau
              - ASEAN
                 * Struktur organisasi ASEAN
                 *  Tujuan penubuhan ASEAN

2

DHIVASHINI A/P RAJARATNAM

      Peringkat Serantau
              - ASEAN
                 * ASEAN dan kerjasama politik
                 * Kejayaan ASEAN
                 * Cabaran dalam ASEAN

3
ESTHER RANI A/P DORAISERIYAN
      Peringkat Serantau
              - ASEAN
                 * ASEAN dan kerjasama ekonomi & sosial
               
4
HAGILAN A/L SELVARATNAM
      Peringkat Serantau
             - Isu-isu terkini ASEAN
              *ASEAN + 3
              *Piagam ASEAN

5
KRITHIGA DEVAN NAIR
      Peringkat Global
              - Dialog Antarabangsa Langkawi (LID)
              - Mahkamah Jenayah Antarabangsa
              - Protokol Kyoto
                 * keanggotaan
                 * Matlamat penubuhan
                 * Struktur organisasi
                 * Kepentingan/sumbangan pada Malaysia

6

MOHAMMAD JOHARI BIN AB HALIM
      Peringkat Global

 - Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB)
                 * keanggotaan
                 * Matlamat penubuhan
                 * Struktur organisasi
                 * 6 Bahagian utama PBB
                 * Kepentingan/sumbangan pada Malaysia

-Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE)

7
MUHAMAD HAFIZ BIN ASYRAF BIN KAMARUL ZAMAN
8
MUHAMAD LUKHMAN B ZAINORAHIM
      Peringkat Global
              - KOMANWEL
                 * keanggotaan
                 * Matlamat penubuhan
                 * Struktur organisasi
                 * Kepentingan/sumbangan pada Malaysia

9
MUHAMMAD NUR DANIAL B ISMAIL
      Peringkat Global
 - Pergerakan Negara-negara Berkecuali(NAM)
                 * keanggotaan
                 * Matlamat penubuhan
                 * Struktur organisasi
                 * Kepentingan/sumbangan pada Malaysia

-Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa (WTO)


10

NURSYAZLIN BIN JASIM
      Peringkat Global
              - Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)
                 * keanggotaan
                 * Matlamat penubuhan
                 * Struktur organisasi
                 * Piagam OIC
                 * Kepentingan/sumbangan pada Malaysia

- Kesatuan Eropah (EU)

11
PRAVIN KUMAR A/L SUGUMARAN



      Peringkat Global
              - Kumpulan Lapan Negara Membangun(D8)
              - Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC)
                 * keanggotaan
                 * Matlamat penubuhan
                 * Struktur organisasi
                 * Kepentingan/sumbangan pada Malaysia
             
12
SILAMBARASI A/P MOORALITHARAN
      Peringkat Global

 - Kerjasama Asia Pasifik (APEC
 - Pertubuhan Negara-negara Pengeksport  Petroleum (OPEC)
                 * keanggotaan
                 * Matlamat penubuhan
                 * Struktur organisasi
                 * Kepentingan/sumbangan pada Malaysia

13
SRI WAHYUNININGGSIH BT MAT RAWI
      Peringkat Global
              - Dialog Utara-Selatan
              - Kerjasama Selatan-Selatan
             - Suruhanjaya Selatan-Selatan
                 * keanggotaan
                 * Matlamat penubuhan
                 * Struktur organisasi
                 * Kepentingan/sumbangan pada Malaysia

14
THERHINA A/P GUNASEKAR
      Peringkat Global
- Kumpulan 15 (G15)
- Perjanjian Am Mengenai Tarif dan Perdagangan (GATT)
- Orde Baru Ekonomi Dunia (NIEO)
                 * keanggotaan
                 * Matlamat penubuhan
                 * Struktur organisasi
                 * Kepentingan/sumbangan pada Malaysia

15
TING ENG FOOK
      Peringkat Global
              -Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS)
              - Mesyuarat Asia dan Eropah (ASEM)
                 * keanggotaan
                 * Matlamat penubuhan
                 * Struktur organisasi
                 * Kepentingan/sumbangan pada Malaysia
                
16
YOGESHWARI A/P MOGHAN
      Peringkat Global
          -Kumpulan 20 (G20)
          -Program Kerjasama Teknikal Malaysia (PKTM)
          -Perjanjian Jaminan Pelaburan (IGA)
                 * keanggotaan
                 * Matlamat penubuhan
                 * Struktur organisasi
                 * Kepentingan/sumbangan pada Malaysia


Rabu, 7 Ogos 2013

PPU1P : KENEGARAAN


Kumpulan : Badan Kehakiman

Sila rujuk laman sesawang http://www.kehakiman.gov.my/ untuk maklumat lanjut.



PPU 1 P : PEK RAYA 2013



WARGA PPU1P,


A) Tugasan karangan m/s 157 Buku LP ( Bahagian C )


Latihan 1


Terdapat pelbagai rungutan dan kritikan terhadap sistem penyampaian perkhidmatan awam di Malaysia. Langkah-langkah telah dilaksanakan bagi meningkatkan kecekapan sistem penyampaian dalam perkhidmatan awam. Bincangkan.


A1 ) Arahan: 

          1. Tulis rangka jawapan dalam bentuk point penting meliputi:
               i.      Pendahuluan
ii.   Isi utama – sekurang-kurangnya 6 isi.
iii.  Isi huraian – huraian bagi setiap isi utama. Sekurang-kurangnya 3 huraian termasuk
      contoh dan isu semasa.
iv.  Penutup
           2. Menulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350 patah perkataan.    

  B) Siapkan tugasan karangan sebelum cuti : Tajuk : Produk tiruan.


  C) Lengkapkan nota pengajian am (nota perlu ditulis bukan bertaip) 

         Topik: 1, 2, 3, 4 -> 4.3 & 7

    D) Lengkapkan fail p.a (termasuk indeks, tarikh setiap latihan perlu ditulis, susun nota dan latihan mengikut tarikh)


     E) Email tugasan  presentation slide kenegaraan ke sue_ina@yahoo.com selewat-lewatnya 19 Ogos 2013 (Isnin) dan bersedia untuk pembentangan pada 26 Ogos 2013

    F) BONUS RAYA: KHAS BUAT AHMAD ZAFRI & RAFIZI

         
        NAMA  
        TAJUK

         AHMAD     
         ZAFRI

       Kejayaan Malaysia dalam sukan badminton, squash dan bowling di peringkat antarabangsa amat  membanggakan. Kejayaan ini berpunca daripada pendedahan awal yang telah diberikan  semenjak  di  sekolah rendah  lagi.
       Bincangkan usaha-usaha yang wajar diambil bagi meningkatkan mutu sukan dalam kalangan pelajar  sekolah serta cabaran dalam pelaksanaannya.


         RAFIZI  

     Polis dan penguatkuasa sering melakukan serbuan terhadap pusat-pusat hiburan. Ramai yang telah ditahan atas kesalahan menyebar dan mengambil dadah seperti heroin, ganja dan pil ekstasi.Pusat serenti pula dipenuhi dengan penagih dadah yang perlu dipulihkan.
    Huraikan kesan-kesan penyalahgunaan dadah dan kekangan yang dihadapi untuk membendung gejala ini.


      Sila ikuti 5 langkah di bawah:


         1) Tulis rangka jawapan dalam bentuk point penting meliputi:

               i.       Pendahuluan
    ii.   Isi utama – sekurang-kurangnya 6 isi.
    iii.  Isi huraian – huraian bagi setiap isi utama. Sekurang-kurangnya 3 huraian termasuk
      contoh dan isu semasa.
    iv.  Penutup
         2) Menulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350 patah perkataan. (Karangan        yang lengkap perlu dihantar di atas meja guru pada 19 Ogos 2013 [ISNIN]       
             sebelum 7.20pg )
            3) Pembentangan berdasarkan tajuk karangan di dalam kelas pada 22 Ogos 2013                 (Khamis). Gunakan kertas mahjong.
            4) Semua pelajar PPU1P perlu bersedia dengan soalan tubi kepada pembentang.    
            (Pembentang perlu bersedia & memahami keseluruhan topik selengkapnya )
            5) Bonus tambahan akan diberi sekiranya pembentang tidak memenuhi kriteria 
             pembentangan yang lengkap & jelas.
         
             SEKIAN...






 




Selasa, 6 Ogos 2013

5R : BAHAN TAMBAHAN UNTUK PEPERIKSAAN



CERPEN TINGKATAN 4

CERPEN 1: IBU DAN CEPER

Cerpen ibu-dan-ceper from Mis Sem


CERPEN 2 : MEMORI SEORANG TUA

1 cerpen memori-seorang-tua from Mis Sem


CERPEN 3 : ISRAK

2 cerpen israk from Mis Sem


CERPEN 4 : PEMAIN CATUR

3 cerpen pemain-catur from Mis Sem


CERPEN 5 : MELISSA

4 cerpen mellisa1 from Mis Sem


CERPEN 6 : BIARKAN SAMUDERA

Rabu, 24 Julai 2013

ASEAN

PENGUKUHAN  ASEAN
 ASEAN merupakan asas bagi dasar luar negara Malaysia. ASEAN juga penting dari segi geopolitik dan ekonomi berkaitan Malaysia dan kepada negara di rantau ini. Pendirian ASEAN yang menolak kekerasan dan menggalakkan penyelesaian masalah secara aman menjadi asas kepada keamanan, kestabilan dan kemakmuran di rantau ini. Menjelang tahun 2015, sebuah komuniti Asean akan ditubuhkan. Komuniti ini dibina berdasarkan tiga tunggak kerjasama, iaitu Komuniti Keselamatan Politik ASEAN (APSC), Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) dan Komuniti Sosiobudaya ASEAN (ASCC).
 ASEAN berazam untuk mempercepat pelaksanaan sepenuhnya bidang, langkah dan prinsip program Komuniti ASEAN dengan kefleksibelan yang sewajarnya selain mengenal pasti pentingnya negara anggota ASEAN mengamalkan pendekatan seimbang ke arah mencapai semua tiga tunggak Komuniti ASEAN.  Dengan Pelan Tindakan dan Protokol yang bersungguh-sungguh, ASEAN semakin menghampiri matlamatnya untuk membina Komuniti ASEAN yang mempunyai ciri interaksi dan penglibatan politik dan keselamatan yang lebih baik, pasaran tunggal dan asas pengeluaran dengan aliran bebas barangan, perkhidmatan, pelaburan modal dan buruh mahir serta masyarakat penyayang, menumpukan kepada pembangunan sosial, pendidikan dan modal insan, kesihatan awam, kebudayaan dan maklumat serta penjagaan alam sekitar.
 ASEAN mengemukakan rangka tindakan bagi tiga tunggak komuniti yang bertujuan untuk mengukuhkan lagi kerjasama dan penyelarasan dalam kalangan sektor berkaitan bagi negara anggota ASEAN. Rangka Tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN digunakan oleh pemimpin ASEAN dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-13 pada November 2007. Dua rangka tindakan lain – Rangka Tindakan Keselamatan Politik Komuniti ASEAN dan Rangka Tindakan Sosiobudaya Komuniti ASEAN telah menjalani proses pendrafan dan sedia untuk digunakan oleh pemimpin ASEAN dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-14 di Thailand. Untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran serantau yang berubah dan cabaran masa depan, ASEAN mengemukakan Piagam ASEAN. Dengan Piagam ini, ASEAN akan mengalami perubahan untuk menjadi pertubuhan yang berasaskan peraturan dan bercirikan undang-undang.
 Piagam ini menekankan prinsip sama yang mengikat kesemua 10 negara anggota ASEAN, iaitu kedaulatan undang-undang, pentadbiran yang baik, prinsip demokrasi dan kerajaan berperlembagaan; perkongsian komitmen dan tanggungjawab kolektif dalam mempertingkat keamanan, keselamatan dan kemakmuran serantau; serta mempertingkat rundingan dalam perkara yang mempengaruhi kepentingan bersama ASEAN. Isu Sebagai anggota asal ASEAN, dasar luar negara Malaysia terus menekankan kerelevanan dan kepentingan ASEAN sebagai forum dan pemangkin untuk dialog serantau. Perkongsian Dialog ASEAN, Forum Rantau ASEAN, ASEAN Campur Tiga dan Sidang Kemuncak Asia Timur membolehkan anggotanya untuk mengajak kuasa-kuasa besar membincangkan isu penting serantau dan sejagat.
 Dalam usaha menjadikan ASEAN pertubuhan serantau yang lebih berkesan, bersepadu, berdasarkan peraturan dan berorientasikan penduduk, negara anggota ASEAN memutuskan untuk merumuskan Piagam ASEAN yang akhirnya ditandatangani dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-13 di Singapura. Piagam ASEAN akan menetapkan rangka kerja institusi yang baru dan sah untuk memperbaik pelaksanaan, penyelarasan dan proses membuat keputusan. Piagam ini berkuat kuasa pada 15 Disember 2008.  
Strategi
 Dalam strategi dasar luar negara, Malaysia akan terus menegaskan komitmen dan tugasnya dalam ASEAN untuk mencapai keamanan, keselamatan dan kemakmuran di rantau ini. Malaysia juga akan terus bekerjasama dengan rakan negara anggota ASEAN ke arah mewujudkan Komuniti ASEAN menjelang 2015. Dalam skala yang lebih besar, ASEAN akan menggalakkan hubungan yang lebih erat dengan kumpulan serantau lain tentang isu kepentingan dan manfaat bersama.

ASEAN SEBAGAI TONGGAK DASAR LUAR NEGARA MALAYSIA
 Di peringkat subwilayah, usaha dipertingkat untuk memperoleh manfaat daripada konsep segi tiga pertubuhan, seperti BIMP-EAGA. Usaha tersebut pastinya membolehkan kemakmuran disebarkan ke kawasan yang kurang membangun, lalu menjadikan “dasar makmurkan jiran anda” menjadi lebih bermakna.
 Di peringkat serantau, Malaysia akan terus mendesak supaya ASEAN diperkukuh menjadi kumpulan serantau. Ini termasuk memberikan sokongan kepada semua fungsi kerjasama yang berasaskan sub-serantau (contohnya Kerjasama Pembangunan Mekong ASEAN) atau yang berasaskan seluruh ASEAN, pelaksanaan AFTA secara berperingkat dan kawasan pelaburan ASEAN.
Dalam dasar luar negara Malaysia, kerjasama serantau sentiasa menjadi tumpuan utama. ASEAN terus menjadi asas dalam dasar ini. Dalam hal ini, Malaysia mengutamakan hubungan dengan negara di rantau Asia Tenggara. ASEAN akan terus menjadi asas dalam dasar luar negara kita dan forum paling berpengaruh untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan serantau melalui dialog dan kerjasama. Keamanan, kemakmuran dan kestabilan yang dinikmati oleh Malaysia pada hari ini sebahagian besarnya disebabkan peranan ASEAN sebagai pertubuhan yang memupuk kepercayaan dan keyakinan dalam kalangan negara anggotanya.
 Selaras dengan Perjanjian Bali I dan II, usaha kita akan ditumpukan kepada mewujudkan Komuniti ASEAN menjelang 2020 yang terdiri daripada tiga tunggak, iaitu Komuniti Keselamatan ASEAN, Komuniti Ekonomi ASEAN dan Komuniti Sosio- Budaya ASEAN. Kita akan terus memberikan tumpuan untuk mempertingkat mekanisme ASEAN, ASEAN, +3 ARF, merapatkan jurang teknologi dan pembangunan antara negara anggota ASEAN yang lama dengan yang baru serta menyelesaikan pertikaian di Laut China Selatan melalui diplomasi dan dialog.
Sejak penubuhannya, ASEAN telah membentuk dan memperhalus pelbagai mekanisme dan pengaturan untuk menggalakkan perdagangan, pelaburan dan aktiviti usaha sama yang lain. Sebahagian besar daya tarikan ASEAN terhadap dunia luar dibina atas kejayaan ekonomi negara anggotanya dan potensi untuk terus berkembang. Dengan pelbagai cabaran yang dihadapi ASEAN, seperti keganasan antarabangsa, kelembapan ekonomi, keadaan ekonomi semasa dan krisis kewangan, kejayaan kita ialah hasil daripada usaha sama yang dilaksanakan oleh ASEAN.
Selanjutnya, dalam situasi pra-perang dingin yang menyaksikan kemunculan kumpulan ekonomi serantau lain yang memberikan persaingan dan persekitaran keselamatan serantau yang tidak menentu, Malaysia percaya bahawa ASEAN yang kukuh dan berjaya bukan sahaja perlu dalam ekonomi, tetapi juga merupakan keperluan yang strategik. ASEAN makmur, utuh dan stabil dan hidup secara harmoni dengan negara jiran terdekatnya akan menjamin keselamatan seluruh rantau Asia Tenggara dan Asia Timur.
 ASEAN yang berkembang daripada negara anggota, asalnya dengan memasukkan negara Asia Tenggara yang lain memberikan sumbangan yang besar dalam membina daya pulih negara, menggalakkan pertumbuhan ekonomi, mempertingkat kerjasama serantau dan memastikan wujudnya keamanan dan keselamatan serantau.
 Malaysia percaya bahawa kewujudan ASEAN telah menggalakkan corak tindakan yang mengurangkan risiko keselamatan dengan meningkatkan hubungan dua hala serta menerapkan tabiat berdialog secara terbuka tentang perkara berkaitan politik dan keselamatan secara terbuka termasuk mengadakan langkah membina keyakinan. Dialog melalui proses ASEAN PMC dan Forum Serantau ASEAN (ARF), dengan ASEAN berfungsi sebagai kumpulan asas, dapat membantu mencapai matlamat tersebut.
 Malaysia berharap bahawa kewujudan awal zon yang aman bebas dan berkecuali (ZOPFAN) termasuk zon bebas senjata nuklear Asia Tenggara (SEANFWFZ) akan membantu mempertingkatkan keselamatan serantau.
Walaupun ada kritikan yang dilemparkan kepada ASEAN, ternyata bahawa kerjasama dengan negara ASEAN kini bertambah kukuh. ASEAN tidak pernah hilang kedinamikannya, daya maju dan kerelevanannya dengan kemasukan negara anggota yang baru. Sebaliknya, minat yang meningka terhadap ASEAN dan permintaan yang dibuat untuk menjadi rakan dialog sektor oleh beberapa negara Asia, Afrika dan Amerika Latin menunjukkan penghargaan tinggi yang diberikan oleh mereka kepada ASEAN sebagai sebuah pertubuhan serantau.


Sumber: Portal Rasmi Kementerian Luar Negeri Malaysia.