Pages

Khamis, 11 Julai 2013

SOALAN STRUKTUR : KATA TUGAS

Bil
Kata Tugas
Keterangan Kata Tugas
1
TAKRIFKAN KONSEP
Mesti mengandungi makna dan sedikit ulasan/huraian berkaitan dengan istilah atau konsep yang ditanya

2
SENARAIKAN
Listing sahaja tanpa huraian
3
NYATAKAN….., KENALPASTIKAN……..

(Menuliskan isi dengan sedikit ayat yang ringkas/frasa (Bukan sekadar listing/senaraikan sahaja)

4
HURAIKAN dan PERIHALKAN

(Mendeskripsikan/memerihalkan sesuatu perkara
yang ditanya. Huraian tertumpu kepada ciri)

5
JELASKAN dan TERANGKAN

(Huraian beserta sebab menjadikan sesuatu perkara itu
Lebih terang dan difahami.)
6
GALURKAN

(Huraian mengikut kronologi/urutan seperti urutan
Peristiwa/fenomena, urutan proses, urutan ruang dll)
7
BINCANGKAN

(Memberikan huraian yang kritis tentang sesuatu isu/Tajuk yang ditanya seperti menyatakan baik-buruk,Pro-kontra, pengaruh sedikit/banyak,kesan positif-negatif  dll

8
SEJAUHMANAKAH

(Menilai peranan sesuatu faktor atau proses atau fenomena
Berbanding dengan faktor/proses/fenomena yang lain.
(Mesti jawab faktor lain selain dari apa yang ditanya)

9
MENGAPAKAH

(Memberikan hujah atau sebab atau ulasan dari  apa yang ditanya).

10
BAGAIMANAKAH

(Menjelaskan sesuatu proses kejadian atau menjelaskan sebab musabab bagi sesuatu fenomena atau faktor yang ditanya)
11
ANALISAKAN

(Memecahkan sesuatu kepada bahagian-bahagian dan
menghuraikan atau menjelaskan bahagian-bahagian itu).

12
NILAIKAN

(Membuat justifikasi atau penilaian terhadap sesuatu perkara seperti baik-buruk atau membuat pertimbangan)

13
ULASKAN/BERIKAN KOMEN
(Memberikan komen seperti baik- buruk, kesan positif dan
Negatif, membuat penilaian dan menyatakan prospektif atau
Jangkaan masa hadapan)
14
BEZAKAN

(Membuat huraian perbezaan sahaja secara serentak)
15
BANDINGKAN
.(Membuat  huraian perbezaan dan persamaan secara berasingan tetapi Setiap aspek yang dibandingkan itu mestilah serentak)

16
RAMALKAN

(Menjangkakan sesuatu pada masa hadapan)
17
CADANGKAN

(Mengemukakan idea dan membuat penjelasan tentang idea
Yang dikemukakan itu)

18
TUNJUKKAN

(Mesti mengemukakan bukti sebagai contoh kajian kes)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan