Pages

Khamis, 7 November 2013

Teknologi Hijau





Sektor Teknologi Hijau telah ditubuhkan hasil daripada rombakan Kabinet pada 9 April 2009. Penubuhan Sektor Teknologi Hijau adalah memastikan pembangunan Negara yang mapan di samping memulihara alam sekitar bagi generasi akan datang. Malahan, Sektor Teknologi Hijau juga bertanggungjawab untuk mengkaji dan membangunkan Teknologi Hijau Negara di samping meningkatkan kualiti hidup dan menjamin persekitaran yang mesra alam.
“Green Technology is a blue ocean strategy as it transcends across all sectors of the economy. It provides vast opportunities for government and business to innovate and grow as well as developing new parts of competitiveness.”
Dato’ Sri Najib Tun Razak
Opening Remarks Green Technology and Climate Change Council
14 Disember 2010
Agenda Teknologi Hijau Negara akan merentasi  keseluruhan aspek kehidupan manusia. Sehubungan dengan itu, Sektor Teknologi Hijau mempunyai peranan yang amat penting sebagai fasilatator, pacesetter dan strategic integrator dalam memacu agenda tersebut.
Justeru itu, dalam menggalas tanggungjawab ini, Sektor Teknologi Hijau dengan bantuan pihak berkepentingan yang lain akan terus berusaha untuk memperkasa dan memperkukuhkan lagi agenda Teknologi Hijau Negara dengan melaksanakan pelbagai inisiatif selaras dengan objektif Dasar Teknologi Hijau Negara (DTHN).

Kepentingan Teknologi Hijau

Teknologi Hijau diyakini boleh mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar dan sumber asli, meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan, memelihara ekosistem, serta bebanan kos kepada kerajaan di dalam usaha menangani kesan negatif daripada pembangunan dan berperanan sebagai alternatif dalam usaha meningkatkan ekonomi negara tanpa menjejaskan alam sekitar.

Rabu, 6 November 2013

STANDARD BARU ISO TENTANG PENYINARAN MAKANAN YANG LEBIH SELAMAT




Standard baru ISO  menyediakan keperluan state-of-art bagi penyinaran makananyang biasanya digunakan untuk meningkatkan kualiti dan keselamatan dalam pemprosesan makanan. Standard ini akan memberi manfaat kepada pengeluarpengendali penyinaranpengawal seliapelanggan dan akhirnyapengguna

"ISO 14470:2011Food irradiation – Requirements for the development validation and routine control of the process of irradiation using ionizing radiation for the treatment of food" bukan sahaja menyediakan keperluan tetapi juga memberi  panduan kepada pihak yang terlibat dalam penyinaran makanan.

Penyinaran makanan merupakan proses yang mendedahkan makanan kepada ionizing radiation dalam meningkatkan keselamatan dan kualiti. Ia bertujuan untuk digunakan hanya kepada makanan yang telah dihasilkan di bawah prinsip-prinsip amalan pengilangan baik (GMP).
Penyinaran makanan boleh digunakan untuk tujuan yang berlainantermasuk mengawal  kawalan mikroorganisma patogen dan parasitpengurangan bilangan mikroorganisma kerosakanperencatan percambahan mentolubi dan akar tanamanmelanjutkan jangka hayat produk atau rawatan fitosanitasi.

Objektif utama ISO 14470:2011 adalah:
  1. Menyediakan keperluan untuk penyinaran makanan selaras dengan standard dan amalan semasa.
  2. Menyediakan arahan perjanjian teknikal antara pelanggan dan pengendali penyinaran (irradiator)
  3. Mewujudkan satu sistem dokumentasi untuk menyokong kawalan di  atas proses penyinaran makanan.
Mariana Funes dan Antonuccio Noeliayang mengetuai dua jawatankuasa projek yang membangunkan standard iniberkata: "ISO 14470 akan menyumbang kepada keyakinan dan ketelusan dalam kalangan pelbagai pihak berkepentingan yang terlibat dalam sektor makanan dan juga akan membantu menyediakan pengawal selia dan wakil-wakil pengguna dengan maklumat yang lebih baik tentang produkyang seterusnya membolehkan pilihan yang lebih baik. "

ISO 14470:2011Food irradiation -- Requirements for the developmentvalidation and routine control of the process of irradiation using ionizing radiation for the treatment of food was developed by Technical Committee ISO/TC 34Food products.Ia  boleh didapati dari ahli institusi negara.  Ia juga boleh diperoleh secara terus daripada SO Central Secretariatprice 98 Swiss francs masing-masing melalui Store ISO atau dengan  menghubungi jabatan PemasaranKomunikasi & Maklumat.

Mohana Priya
Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia