Pages

Khamis, 7 November 2013

Teknologi Hijau





Sektor Teknologi Hijau telah ditubuhkan hasil daripada rombakan Kabinet pada 9 April 2009. Penubuhan Sektor Teknologi Hijau adalah memastikan pembangunan Negara yang mapan di samping memulihara alam sekitar bagi generasi akan datang. Malahan, Sektor Teknologi Hijau juga bertanggungjawab untuk mengkaji dan membangunkan Teknologi Hijau Negara di samping meningkatkan kualiti hidup dan menjamin persekitaran yang mesra alam.
“Green Technology is a blue ocean strategy as it transcends across all sectors of the economy. It provides vast opportunities for government and business to innovate and grow as well as developing new parts of competitiveness.”
Dato’ Sri Najib Tun Razak
Opening Remarks Green Technology and Climate Change Council
14 Disember 2010
Agenda Teknologi Hijau Negara akan merentasi  keseluruhan aspek kehidupan manusia. Sehubungan dengan itu, Sektor Teknologi Hijau mempunyai peranan yang amat penting sebagai fasilatator, pacesetter dan strategic integrator dalam memacu agenda tersebut.
Justeru itu, dalam menggalas tanggungjawab ini, Sektor Teknologi Hijau dengan bantuan pihak berkepentingan yang lain akan terus berusaha untuk memperkasa dan memperkukuhkan lagi agenda Teknologi Hijau Negara dengan melaksanakan pelbagai inisiatif selaras dengan objektif Dasar Teknologi Hijau Negara (DTHN).

Kepentingan Teknologi Hijau

Teknologi Hijau diyakini boleh mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar dan sumber asli, meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan, memelihara ekosistem, serta bebanan kos kepada kerajaan di dalam usaha menangani kesan negatif daripada pembangunan dan berperanan sebagai alternatif dalam usaha meningkatkan ekonomi negara tanpa menjejaskan alam sekitar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan